Ikuti Kami:

Kian Popular Dek ‘Marry My Husband’, Park Minyoung Tayang Lambakan Hadiah Hari Jadi Dari Peminat

Kian Popular Dek ‘Marry My Husband’, Park Minyoung Tayang Lambakan Hadiah Hari Jadi Dari Peminat

Seronok lihat hadiah hari jadi yang menimbun buat Park Min-young!

Kelmarin, pelakon wanita itu telah memuat naik ucapan terima kasih dengan gambar di Instagram peribadinya,

Saya bahagia, bersyukur, dan saya cinta kalian. Terima kasih kepada semua orang dan kong (nama peminat).

Dalam gambar tersebut, terdapat bunga, belon, dan kek yang dihantar oleh peminat-peminat untuk menyambut hari lahir ke-38 Park Min-young.

Dikelilingi oleh hadiah-hadiah yang memenuhi ruang tamu, wanita tersebut tersenyum dengan memakai cekak berbentuk cincin berlian.

Dengan lambakan hadiah tersebut, ramai yang kagum dan mengakui Park Min-young kekal terkenal dalam kalangan peminat K-Drama selain turut membuktikan popularitinya dalam drama “Marry My Husband”.

Selamat hari jadi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...