Ikuti Kami:

“Pening & Nampak Tulang” – Berat 37kg, Park Minyoung Akui Sukar Berlakon ‘Marry My Husband’

“Pening & Nampak Tulang” – Berat 37kg, Park Minyoung Akui Sukar Berlakon ‘Marry My Husband’

Bukan senang menjadi pelakon, banyak yang mereka perlu korbankan.

Terbaru, Park Min-young menceritakan kesukaran membawa watak pesakit kanser di dalam drama “Marry My Husband”. Malah dia menurun berat badan sehingga 37kg bagi merealisasikan watak Kang Ji-won,

Saya fikir saya perlu memberi tumpuan sepenuhnya untuk penggambaran. Oleh itu, saya menjalani diet secara ketat. Pada hakikatnya, ketika saya mengenakan pakaian pesakit dan pergi ke restoran untuk penggambaran, pemilik restoran menganggap saya pesakit betul dan sentiasa memberi saya lebih banyak makanan.

park minyoung

Park Min-young bagaimanapun tidak menggalakkan sesiapa untuk menjalani diet ekstrem ini kerana ia merosakkan badannya,

Apabila saya bangun tidur, saya pening sangat sehingga terpaksa berdiri dengan menahan tangan pada dinding. Saya rasa badan saya semakin lemah, tetapi saya gembira apabila nampak tulang-tulang pada skrin. Saya gembira apabila dapat menampilkan watak dengan baik walaupun saya berasa tidak bertenaga sepanjang hari dan terpaksa berbaring tanpa berdaya, kemudian bangun untuk penggambaran.

Katanya lagi,

Diet ekstrem sama sekali tidak membahagiakan kerana kesemua tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang sihat terus tiada. Tanpa tenaga dan dengan badan yang kurus, saya berasa sangat lemah apabila melihat cermin. Mengurangkan berat badan tanpa senaman hanya membuatkan seseorang tidak bahagia.

Berdedikasi kan Park Min-young..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...