Ikuti Kami:

“Terus Jadi Kelakar” – Lakonan ‘Psiko’ Seo Yeji Dalam ‘Eve’ Terus Dikritik

“Terus Jadi Kelakar” – Lakonan ‘Psiko’ Seo Yeji Dalam ‘Eve’ Terus Dikritik

Sudah pun memasuki separuh kedua, “Eve” ternyata mendapat perhatian ramai peminat drama Korea.

Sejak awal lagi, kebanyakan penonton mula melayan drama ini kerana mahu melihat Seo Ye-ji kembali ke dunia K-Drama selepas mendiamkan diri dek terpalit dengan kontroversi mengawal bekas kekasih, pelakon Kim Jung-hyun.

Saban minggu, pasti ada topik yang trending mengenai “Eve” termasuklah dengan episod yang ditayangkan kelmarin. Mula memasuki klimaks cerita, lakonan Seo Ye-ji terus menjadi perhatian ramai.

seo yeji eve

Dalam episod kali ini, Lee Ra-el (Seo Ye-ji) berdepan dengan Jang Moon-hee (Lee Il-hwa) yang cuba menikam belakang dengan memberikan sijil kelahiran asalnya kepada Kang Yoon-gyeom (Park Byung-eun).

Menagkui bahawa dia mula mencintan lelaki itu, Lee Ra-el berterusan meluahkan perasaan secara ‘menggila’ dengan ekspresi dan tona suara garang di hadapan Jang Moon-hee. Lebih mengejutkan, dia mencekik dirinya sendiri dan mengubah suaranya,

Saya akan memutuskan nafas sesiapa yang menghumban saya ke neraka.

seo yeji eve

Kata penonton yang mengkritik lakonan wanita itu,

Saya rasakan ia kelakar.

 

Tiba-tiba, suaranya seperti tertelan gas helium.

 

Saya tak dengar dialognya..

 

Pelakon apa yang berlakon macam ni..

 

Teknik lakonan yang tak boleh dilihat di tempat lain.

 

Serius kelakar.

Hmmm.. pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...