Ikuti Kami:

Dari Plot Pembedahan Perketat Kemaluan Dikecam, Lakonan Kaku Seo Yeji Dalam ‘Eve’ Turut Dikritik?

Dari Plot Pembedahan Perketat Kemaluan Dikecam, Lakonan Kaku Seo Yeji Dalam ‘Eve’ Turut Dikritik?

Baru sahaja beberapa episod, namun drama tvN iaitu “Eve” sudah terpalit beberapa kontroversi.

Sebelum ini, penonton mengecam babak provokatif yang dipaparkan di mana dua episod awalnya diselit beberapa babak ranjang. Malah perbezaan umur yang ketara antara watak utamanya iaitu Lee Ra-el (Seo Ye-ji), 28 dan Kang Yoon-gyeom (Park Byung-eun), 41 turut menjadi pertikaian ramai.

Dalam episod terbaru ini, drama ini sekali lagi menjadi perbualan penonton kerana menampilkan plot mengenai pembedahan untuk mengetatkan kemaluan wanita (vaginoplasty). Ianya disebut ketika babak Han So-ra (Yoo Sun) yang cuba mencantikkan dirinya bagi memuaskan hati si suami, Kang Yoon-gyeom selepas mereka ‘bersama’ buat pertama kali dalam 5 tahun.

yoo sun eve

Rata-rata penonton mempersoalkan keperluan plot itu selain jelek melihat “Eve” yang menampilkan pelbagai babak provokatif meskipun ketika tayangan episod tersebut, had umurnya adalah untuk 15 tahun ke atas.

Dalam pada itu, ada juga saluran media yang mempersoalkan lakonan Seo Ye-ji yang nampak kekok. Kata mereka, suara, ekspresi wajah dan pergerakan nampak kekok terumatanya ketika babak ranjang dan intim. Bahkan watak sampingan yang dilakonkan oleh Yoo Sun menerima pujian ramai selain dilihat lebih natural daripada lakonan Seo Ye-ji.

tvn eve

Bagaimana pula pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...