Ikuti Kami:

Meski Dikritik Dek Beberapa Isu, Drama ‘Eve’ Lakonan Seo Yeji Raih Rating Baik

Meski Dikritik Dek Beberapa Isu, Drama ‘Eve’ Lakonan Seo Yeji Raih Rating Baik

Setahun mendiamkan diri, pastinya ramai yang tak sabar menanti kepulangan Seo Ye-ji dalam arena K-Drama kan?

Akhirnya wanita itu telah pun kembali dengan naskhah baru bertajuk “Eve” di tvN di mana dia membawa watak Lee Ra-el, iaitu seorang pewaris kaya yang sanggup melakukan apa sahaja demi membalas dendam atas kematian ayahnya.

tvn eve

Baru sahaja dua episod bersiaran, sudah terdapat banyak suara sumbang yang mengkritik beberapa aspek yang ditampilkan di dalam drama itu. Antaranya ialah babak provokatif di mana Lee Ra-el dilihat berasmara bersama suaminya di belakang pentas. Meskipun mungkin nampak remeh namun biasanya babak seperti ini jarang dipaparkan dalam drama harian walau bagaimanapun pihak produksi bertindak berani untuk menyelitkannya.

Selain itu, penonton turut menunding jari ke atas jarak umur yang kurang realistik di antara watak utama drama tersebut. Lee Ra-el yang baru berusia 28 tahun dilihat menjalin skandal bersama Kang Yoon-gyeom (Lee Byung-eun) yang berusia 41 tahun. Malah Lee Sang-yeob yang membawa watak lelaki kedua turut mempunyai jarak usia yang jauh iaitu 10 tahun bersama wanita itu.

tvn eve

Pun begitu, rata-rata penonton memberikan reaksi positif terhadap drama ini dan masih memberikan peluang untuk melihat perkembangan dalam episod akan datang memandangkan baru dua episod sahaja ditayangkan.

Dalam pada itu, episod awal “Eve” menunjukkan rekod rating yang baik iaitu 3.6% untuk episod pertama dan meningkat ke 3.7% untuk episod kedua sekaligus membuktikan bahawa ramai yang memberikan perhatian buat drama ini.

Korang puas tak tengok episod awal?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...