Utama Drama Korea Drama Pertama Selepas Kontroversi, Seo Yeji Tampil Berani Papar Babak 18+ Dalam...

Drama Pertama Selepas Kontroversi, Seo Yeji Tampil Berani Papar Babak 18+ Dalam Episod Awal ‘Eve’

seo yeji eve

Selepas hampir 2 tahun “It’s Okay To Not Be Okay” tamat tayangan, Seo Ye-ji kembali dengan sebuah drama baru iaitu “Eve”.

Drama comeback selepas terpalit kontroversi mengawal bekas kekasih Kim Jung-hyun, Seo Ye-ji memilih untuk membawa watak ‘scandalous’ apabila episod pertama drama itu dipenuhi babak 18 tahun ke atas.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod ini, Lee Ra-el (Seo Ye-ji) diperkenalkan sebagai seorang yang sanggup melakukan apa sahaja untuk membalas dendam bagi kematian ayahnya. Malah dia menggoda Kang Yoon-gyeom (Park Byung-eun), si kaya yang mempunyai isteri kerana dia merupakan antara penyebab kejadian itu.

seo yeji eve

Bukan sahaja menampilkan babak pembalasan dendam malah ianya turut disertakan babak provokatif di mana Kang Yoon-gyeom menangkap Lee Ra-el sedang berasmara bersama suaminya di belakang pentas sebuah majlis keramaian untuk penambahan dana bagi sebuah tadika.

Untuk episod pertama ini, “Eve” berjaya merekodkan rating sebanyak 3.6% iaitu satu angka yang baik bagi permulaan satu drama baru.

Apa pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Donga
Loading...