Siapa sangka, hubungan Taeyang dan Min Hyo-rin telah membuatkan Dae-sung turut ingin berkahwin.
Terbaru pada 6 Mac, program “Living Together, Not Marriage” telah menampilkan Dae-sung BIGBANG, Eun-kwang BTOB dan CNU B1A4 yang menghadiri ke parti pindah rumah Cho Sung-ho dan Lee Sang-mi.
Dalam siaran itu, mereka bertemu buat kali pertama selepas sekian lama dan berborak tentang pelbagai perkara termasuk pandangan mereka tentang Cho Sung-ho dan Lee Sang-mi yang tinggal bersama walaupun belum berkahwin.
Semasa berborak, Dae-sung berkata sambil merujuk kepada Taeyang dan Min Hyo-rin,
Apabila saya melihat kenalan di sekeliling saya, saya ingin berkahwin. Khususnya apabila mereka mempunyai anak, saya dapat merasakan ada kebahagian baru, tidak seperti rezeki lain.
Tambahnya lagi,
Jika awak dapat merasakannya daripada orang di sekeliling awak, awak secara semula jadi akan membuka fikiran tentang perkahwinan.
Wah, adakah Dae-sung ahli kedua BIGBANG yang akan berkahwin?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily