Ikuti Kami:

“Strawberi Bentuk ‘Love'” – Min Hyorin Bungkus Makanan Buat Taeyang Di Set Penggambaran

“Strawberi Bentuk ‘Love'” – Min Hyorin Bungkus Makanan Buat Taeyang Di Set Penggambaran

Sudah hampir 5 tahun berkahwin, pasangan Taeyang dan Min Hyo-rin nampaknya sering memberikan sokongan terhadap satu sama lain.

Terbaru, Taeyang telah tampil dalam program “Omniscient Interfering View”, di mana dia menunjukkan kehidupan hariannya bersama pengurusnya, ketika sedang mempromosikan single “VIBE”.

Dalam siaran tersebut, ahli BIGBANG itu tiba di set penggambaran untuk melakukan siaran langsung pelancaran lagu barunya. Dia berkongsi,

Saya sangat gementar sehingga saya tidak boleh tidur. Terdapat begitu banyak perkara dalam fikiran saya. Sudah tentu, saya sentiasa bimbang dan cemas sebelum mengeluarkan lagu baru tetapi, kali ini sangat istimewa.

Kemudian ketika sudah selesai bersiap, Taeyang menarik perhatian apabila dia mengeluarkan bekal makan tengahari yang dibungkus oleh isterinya Min Hyo-rin. Penyanyi itu berkongsi,

Dia sering membuat telur goreng tetapi inilah cara dia menjaga saya memandangkan hari ini adalah hari istimewa. Bekal makan tengahari yang penuh dengan kasih sayang. Saya akan menikmati hidangan ini.

min hyorin taeyang

Tambah pengurus Taeyang,

Min Hyo-rin membuatnya dengan sepenuh hati. Itu adalah strawberi, kan? Strawberi yang mempunyai bentuk ‘love’.

Alolo so sweet!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...