Ikuti Kami:

“Dia Lelaki Tapi..” – Taeyang Dedah Wajah Anak Sulung Lebih Miripnya Atau Min Hyorin

“Dia Lelaki Tapi..” – Taeyang Dedah Wajah Anak Sulung Lebih Miripnya Atau Min Hyorin

Dilahirkan pada 2021, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang wajah anak sulung pasangan Taeyang BIGBANG dan Min Hyo-rin, kan?

Terbaru, Taeyang telah tampil dalam video yang diterbitkan saluran YouTube 1theK Original, di mana dia menjawab beberapa fakta tentang dirinya.

Dalam video tersebut, pihak produksi meminta idola itu untuk berkongsi tentang kemas kini anak lelaki sulungnya. Kongsi Taeyang,

Anak saya dilahirkan pada bulan November, jadi baru-baru ini, dia menyambut hari lahir pertamanya.

Kemudian, dia turut mendedahkan sama ada wajah anak lelakinya itu mirip dirinya atau isterinya Min Hyo-rin,

Dia kelihatan seperti isteri saya, jadi dia sangat cantik. Jika saya membawanya ke luar, orang bertanya sama ada dia perempuan, dan saya perlu memberitahu dia seorang anak lelaki setiap kali. Dia secantik itu. Dia sangat cantik dan berharga.

Teringin nak tengok…

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...