Ikuti Kami:

“Teruknya..” – Ramai Selebriti Korea Kritik Isu Penderaan Haiwan Dalam ‘The King Of Tears Yi Bangwon’

“Teruknya..” – Ramai Selebriti Korea Kritik Isu Penderaan Haiwan Dalam ‘The King Of Tears Yi Bangwon’

Minggu lalu, industri hiburan Korea membanjiri drama “The King Of Tears, Yi Bangwon” dengan kritikan selepas didakwa mendera kuda yang digunakan di dalam penggambarannya.

Aksi kuda itu yang dipaksa untuk jatuh menimbulkan kerisauan ramai kerana mukanya yang terhempap dahulu pada tanah dengan kuat bagi menjayakan salah satu babak di dalam drama itu. Lebih menyedihkan apabila kuda itu disahkan meninggal dunia seminggu selepas penggambaran berkenaan.

Bukan sahaja netizen, namun ramai pelakon Korea yang meluahkan rasa sedih mereka dengan isu berkenaan. Malah mereka tidak teragak-agak untuk meminta tindakan yang berat diberikan kepada pihak produksi drama “The King Of Tears, Yi Bangwon” dan stesen penyiaran KBS.

kontroversi the king of tears yi bangwon

Antara daripada pelakon yang bersuara ialah Go So-young di mana dia memuat babak berkenaan di InstaStory dengan kapsyen,

Ianya sangat teruk, saya berasa kasihan.

kontroversi the king of tears yi bangwon

Kim Hyo-jin juga turut memuat naik entri mengenai isu itu dengan berkongsi posting Korea Animal Rights Association (KARA) selain berharap agar pelakon aksi yang terlibat baik-baik sahaja memandangkan dia kelihatan sakit selepas melakonkan babak itu. Melihatkan entri pelakon itu, Gong Hyo-jin telah meninggalkan komen,

Sakitnya hati saya melihatnya.

Selebriti lain yang mengkritik kejadian ini ialah Park Sung-kwang, Jo Kwon, Jung Sun-ah dan Ivy.

Ulas Yoo Yeon-seok pula,

Sepatutnya sudah tiada penggambaran di mana haiwan dibunuh kerana duit dan masa. Keselamatan pelakon aksi juga haruslah dijaga.

kontroversi the king of tears yi bangwon

Walaupun bukan pelakon, namun Taeyeon Girl’s Generation tidak mampu berdiam diri melihat kekejaman terhadap haiwan itu. Menerusi Instagram Story, idola itu turut menyertakan aduan yang dibuat KARA.

Sukar untuk menonton video berkenaan dan saya menangis melihatnya. Saya berasa marah. Macam mana mereka boleh menjalankan penggambaran seperti itu pada masa kini.. Ia adalah sesuatu yang menggerunkan buat haiwan dan manusia. Ada tak sesiapa yang berlari terus untuk melihat keadaan kuda itu? Siapa yang mencadangkan idea untuk cara penggambaran yang tak masuk akal ini?

 

kontroversi the king of tears yi bangwon

Dalam pada itu, drama berkenaan sudah pun memberhentikan penggambaran selepas kontroversi itu melanda. Malah ia membatalkan tayangan selama dua minggu dan tidak dapat dipastikan sama ada ianya akan terus ditayangkan lagi.

Semoga mereka ambil iktibar mengenai kejadian ini, haiwan juga mempunyai perasaan sakit.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...