Ikuti Kami:

Seekor Kuda Mati Selepas Penggambaran, Pihak KBS Terpalit Isu Penderaan Haiwan

Seekor Kuda Mati Selepas Penggambaran, Pihak KBS Terpalit Isu Penderaan Haiwan

Drama KBS popular kini, “The King Of Tears, Lee Bang Won” baru-baru ini terpalit dengan isu penderaan haiwan.

“The King of Tears, Lee Bang Won” ialah drama sageuk epik tradisional tentang Raja Taejong, kelahiran Lee Bang-won, yang membantu bapanya menggulingkan Dinasti Goryeo dan menubuhkan Dinasti Joseon. Sageuk epik tradisional ialah drama sejarah yang biasanya melibatkan belanjawan dan pelakon yang besar, jalan cerita yang berpanjangan, dan penggambaran peristiwa dan tokoh sejarah sebenar.

Pada siaran episod 7 drama itu, Persatuan Kebajikan Haiwan Korea telah menyuarakan tentang suatu babak, di mana watak utama Lee Sung-gye (Kim Young-chul) terjatuh ketika menunggang kuda, dan mendakwa bahawa ia adalah jelas satu tindakan penderaan haiwan. Menurut kenyataan mereka, dalam adegan itu, badan kuda itu terbalik kira-kira 90 darjah, dan kepalanya mencecah tanah.

kuda mati kbs the king of tears lee bangwon

Persatuan Haiwan juga menekankan,

Oleh kerana kedua-dua manusia dan haiwan akan berisiko semasa penggambaran sedemikian, terdapat trend dalam industri filem global, di mana haiwan digantikan oleh grafik komputer atau objek, dan penerbitan drama domestik juga berubah dengan cara yang sama. Kita sering melihat bahawa frasa, ‘Haiwan telah selamat dirakam tanpa terdedah kepada bahaya semasa proses penggambaran’, sering diselitkan dalam siaran. Bagaimanapun, ia jelas didedahkan menerusi ‘The King of Tears, Lee Bang-won’ bahawa penyiar KBS masih menganggap haiwan sebagai ‘prop’ untuk penyiaran dan tidak mengikut trend zaman moden.

Tambahan pula, seminggu selepas penggambaran babak bersama kuda tersebut, telah dimaklumkan bahawa kuda itu telah pun mati, disebabkan kecedaraan yang dialaminya. Dek kontroversi ini, pihak KBS telah mengeluarkan permohonan maaf, seperti di bawah:

Kami minta maaf.

Mengenai kemalangan yang berlaku semasa penggambaran filem ‘The King of Tears, Lee Bang Won’, kami mengambil tanggungjawab yang besar dan memohon maaf.

Kemalangan itu berlaku semasa penggambaran pada 2 November, di mana Lee Seong-gye jatuh dari kudanya seperti yang disiarkan dalam episod 7.

Sangat sukar untuk merakam babak jatuh dari kuda. Keselamatan kuda adalah asas, dan kami juga perlu mempertimbangkan keselamatan pelakon di atas kuda, dan keselamatan kakitangan yang merakam adegan itu. Oleh sebab itu, kakitangan produksi menghabiskan beberapa hari untuk bersiap sedia ke tempat kejadian, untuk mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku.

Walau bagaimanapun, semasa penggambaran sebenar, satu kemalangan berlaku di mana pelakon tercampak dari kuda dan bahagian atas kuda itu terhempas ke tanah dengan kuat. Selepas kemalangan itu, kuda itu bangun di bawah kuasanya sendiri, dan kami memeriksa untuk melihat bahawa ia tidak mengalami kecederaan luaran sebelum mengembalikannya. Namun, apabila penonton baru-baru ini mula menyatakan kebimbangan terhadap keadaan semasa kuda itu, kami memeriksa keadaan kuda itu sekali lagi, dan kami kesal untuk mengatakan bahawa kuda itu telah mati kira-kira seminggu selepas penggambaran berlaku.

Kami harus mengambil tanggungjawab yang serius untuk kejadian malang ini. Kami memohon maaf kepada penonton kerana tidak menghalang kemalangan ini dan menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Melalui kemalangan ini, KBS menyedari terdapat masalah dengan cara penggambaran adegan jatuh dari kuda. Untuk mengelakkan kejadian seperti itu berulang, kami akan mencari cara lain untuk merakam dan menggambarkan adegan ini. Kami juga akan bekerjasama dengan nasihat pakar tentang cara penggambaran pelbagai jenis, yang boleh dijalankan dengan selamat dengan haiwan di set.

Kami memohon maaf sekali lagi kepada penonton dan mereka yang menyayangi haiwan.

kbs the king of tears lee bangwon kontroversi

Sementara itu, KBS juga telah mengesahkan bahawa episod 13 & 14 bagi drama “The King of Tears, Lee Bang Won” akan ditunda untuk siaran, akibat kritikan dan kontroversi atas kekejaman haiwan.

Hmm..semoga lebih berhati-hati selepas ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...