Source Music telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai LE SSERAFIM.
Pada 26 April, agensi LE SSERAFIM iaitu Source Music telah mengeluarkan kenyataan rasmi, mengumumkan bahawa mereka merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang berniat buruk terhadap kumpulan itu.
Menurut kenyataan yang dibuat di aplikasi Weverse itu, agensi berkenaan telah meluahkan kerisauan mereka terhadap maklumat palsu serta komen buruk yang ditujukan pada LE SSERAFIM di media sosial.
Malah, Source Music turut meminta kerjasama peminat untuk melaporkan sebarang hantaran yang berniat jahat yang ditujukan kepada kumpulan itu ke talian rasmi mereka.
LE SSERAFIM’s label Source Music announces they will strengthen the necessary legal action to protect their artist regarding reckless insults, spread of false information, sexual harassment, malicious slander and ridicule, and defamation, are reaching a serious level.
Continue… pic.twitter.com/f2lVF3EMfO
— joe (@elsserafim) April 26, 2024
Terlebih dahulu sejak pertengahan April, nama LE SSERAFIM telah dipalit kontroversi berikutan dengan persembahan mereka di Coachella serta isu berkaitan dengan Min Hee-jin dan HYBE Entertainment.
Disebabkan itu, agensi kumpulan tersebut telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan tegas demi untuk melindungi LE SSERAFIM.
Kesian LE SSERAFIM..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.