Selepas persembahan mereka di minggu pertama Coachella menjadi kontroversi, LE SSERAFIM telah kembali lagi ke festival muzik tersebut untuk melakukan persembahan minggu kedua.
Meskipun persembahan mereka lebih baik berbanding minggu lalu, penonton dan netizen telah mendakwa bahawa kumpulan itu hanya ‘lip-synch’ dan menggunakan muzik latar yang kuat untuk menutupi vokal sebenar mereka.
Dakwaan itu bermula selepas salah seorang ahli kumpulan tersebut, Chae-won telah dilihat mengalihkan mikrofonnya sebelum ad-libnya habis, namun vokalnya masih lagi kedengaran sekaligus membuktikan bahawa mereka tidak menyanyi secara langsung dan hanya menggerakkan bibir mengikut suara latar.
Perkara ini sekaligus telah mencetuskan perdebatan diantara peminat serta netizen di media sosial, terutamanya kerana Coachella dikenali sebagai salah satu pentas di mana rata-rata penyanyinya menyanyi secara langsung.
마이크 뗐는데 목소리가 나오는 마법 pic.twitter.com/AyNOHtDNoT
— 수파두파 (@SUPADUPAMY) April 21, 2024
Komen netizen,
- Tolong jangan bagi mereka datang ke Coachella lagi.
- Berapa HYBE bayar Coachella untuk benarkan mereka ‘lip-sych’?
- Orang suruh perbaiki vokal, bukan tutup vokal dengan muzik latar yang kuat.
- Persembahan paling teruk dalam sejarah Coachella.
- Ni Coachella tau bukan ‘Music Bank’.
- Mengecewakan betul.
- Ni bukan sebab mereka tak nak menyanyi, tapi sebab mereka memang tak boleh menyanyi.
Korang rasa macam mana?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.