Ikuti Kami:

“Siapa Yang Puji Kena Cuci Balik Telinga..” – Penonton Kritik Persembahan LE SSERAFIM Di Coachella 2024

“Siapa Yang Puji Kena Cuci Balik Telinga..” – Penonton Kritik Persembahan LE SSERAFIM Di Coachella 2024

Persembahan LE SSERAFIM di Coachella telah dikritik penonton.

Baru-baru ini, LE SSERAFIM telah membuat persembahan di Coachella 2024. Di mana, persembahan mereka tersebut telah mendapat reaksi yang kurang menyenangkan dari netizen Korea.

Satu hantaran di komuniti atas talian mengenai persembahan kumpulan itu telah mendapat lebih 54,000 tontonan. Malah, ianya turut tular di media sosial di mana rata-rata penonton telah mengkritik serta meluahkan kekecewaan mereka terhadap vokal ahli LE SSERAFIM.

Tidak berhenti di situ, persembahan LE SSERAFIM di Coachella juga turut telah dibandingkan dengan persembahan BLACKPINK dan aespa beberapa tahun yang lalu.

Komen netizen,

Sakura dah banyak kali debut pun masih ‘tone-deaf’.

Saya kena tutup suara masa tonton persembahan mereka.

Banyak sangat minum Starbucks tu yang suara macam ni.

Mereka lebih banyak menjerit dari menyanyi.

Macam mana boleh lepas jadi idola dah kalau menyanyi pun tak boleh?

Suara dah macam kambing.

Mereka dah buktikan yang mereka tak boleh menyanyi.

Teruknya, saya kena tonton balik persembahan BLACKPINK dan aespa untuk cuci telinga saya.

Siapa yang puji persembahan mereka kena cuci balik telinga.

Hmm.. Apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...