Nampaknya, siri Netflix “Sweet Home” bakal menemui penonton tak lama lagi!
Bagi yang belum tahu, “Sweet Home” telah disahkan akan kembali dengan musim kedua dan ketiga, selepas menerima sambutan hangat ketika tayangan musim pertama pada 2020 yang lepas.
Terbaru, Song Kang dan pelakon baru yang akan turut terlibat untuk siri ini iaitu Jin-young B1A4 dilihat sedang menjalani penggambaran untuk musim terbaru drama berkenaan, menambah keterujaan penonton untuk menantikan keluaran “Sweet Home”.
https://twitter.com/iconickdramas/status/1592103701724172288?s=20&t=9IxQd7vMbwM4segIPwZagA
Untuk pengetahuan, musim pertama “Sweet Home” menceritakan tentang kisah seram dilalui oleh seorang pelajar sekolah menengah yang baru sahaja berpindah ke sebuah flat bernama Green Home, dan diugut oleh raksasa yang cuba untuk melenyapkan seluruh umat manusia daripada muka bumi ini.
Sama-sama kita nantikan tayangan musim terbaru “Sweet Home”!