Ikuti Kami:

Siri Popular Netflix ‘Sweet Home’ Umum Akan Kembali Dengan Musim 2 & 3

Siri Popular Netflix ‘Sweet Home’ Umum Akan Kembali Dengan Musim 2 & 3

Netflix telah mengesahkan bahawa siri popular Korea “Sweet Home” akan kembali dengan bukan sahaja musim kedua, tetapi juga dengan musim ketiga!

Bintang utama dari musim 1 akan kembali untuk musim 2 untuk menyambung cerita itu. Pertama sekali, Song Kang akan mengetuai siri ini sebagai pelajar sekolah menengah yang kesepian, Hyun-soo.

Manakala pelakon Lee Jin-wook kembali sebagai lelaki misteri Sang-wook. Lee Si-young kembali dengan wataknya sebagai anggota bomba Yi-kyung, Go Min-si sebagai Eun-yoo, dan Park Gyu-young sebagai Ji-soo.

Tambahan, akan ada wajah baru dalam musim seterusnya “Sweet Home” iaitu pelakon veteran Yoo Oh-sung yang akan memegang watak sebagai kapten pasukan khas. Kemudian, Oh Jung-se berperan sebagai saintis makmal. Turut disertai Kim Moo-yeol dan Jin-young yang akan membawa watak sebagai anggota pasukan khas Kim Young-hoo dan Park Chan-young.

Bagi yang belum tahu, “Sweet Home” menceritakan kisah seram dilalui oleh seorang pelajar sekolah menengah yang baru sahaja berpindah ke sebuah flat bernama Green Home dan diugut oleh raksasa yang cuba untuk melenyapkan seluruh umat manusia daripada muka bumi ini.

Sama-sama kita nantikan tayangan musim kedua dan ketiga “Sweet Home”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...