Ikuti Kami:

“Tertawan Hati..” – Misha Omar Terharu, Puji Kyuhyun SUPER JUNIOR Nyanyi Lagu ‘Bunga-Bunga Cinta’

“Tertawan Hati..” – Misha Omar Terharu, Puji Kyuhyun SUPER JUNIOR Nyanyi Lagu ‘Bunga-Bunga Cinta’

Persembahan Kyu-hyun telah dipuji oleh Misha Omar.

Pada 13 April yang lalu, Kyu-hyun telah melakukan konsert jelajahnya di Kuala Lumpur. Di mana, ahli SUPER JUNIOR itu turut menyanyikan lagu “Bunga-Bunga Cinta” nyanyian Misha Omar.

Video persembahannya itu lantas tular di media sosial dan dipuji oleh netizen serta peminat di Malaysia. Malah, Misha Omar sendiri turut meluahkan rasa terharunya terhadap Kyu-hyun yang memilih untuk menyanyikan lagu tersebut.

Misha juga turut memuji persembahan mantap yang dipersembahkan oleh penyanyi terkenal Korea Selatan itu. Komen Misha,

Okay pengsan. Masih senyum-senyum ni tak tahu macam mana nak berhenti senyum. Tertawan hati.

Tidak berhenti di situ, netizen turut mengakui kehebatan Kyu-hyun yang berjaya menyanyikan lagu “Bunga-Bunga Cinta” dengan sebutan bahasa Malaysia yang jelas dan fasih.

Selain daripada menyanyikan lagu itu, ahli SUPER JUNIOR tersebut turut mempersembahkan sebanyak 21 buah lagu buat peminat yang hadir menonton konsertnya di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada Sabtu yang lalu.

Terbaik lah Kyu-hyun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Harian Metro

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...