Kyuhyun SUPER JUNIOR Bakal Temui Peminat Di Kuala Lumpur Dengan Konsert ‘Restart’ April Ini
- oleh najmina
- 2 tahuns lalu
Nampaknya kita akan sambut raya bersama Kyu-hyun!
Artikel Berkaitan
Terkini pada 1 Februari, agensi Kyu-hyun iaitu Antenna telah mengumumkan bahawa ahli SUPER JUNIOR itu akan melakukan konsert solo jelajah Asianya “2024 KYUHYUN ASIA TOUR RESTART”.
Penyanyi tersebut akan berjumpa dengan peminat di lapan buah bandar sekitar Asia termasuk Singapore, Hong Kong, Seoul, Bangkok dan juga Kuala Lumpur.
Konsert ini akan dimulakan selama tiga hari di Seoul pada 8 hingga 10 Mac ini dan berakhir di Jakarta pada 18 Mei.
2024 규현 (KYUHYUN) ASIA TOUR ‘Restart’
2024.03.08(FRI)~10(SUN) SEOUL / BLUESQUARE MASTERCARD HALL
2024.03.30(SAT) SINGAPORE / SINGAPORE EXPO HALL 7
2024.04.04(THU) HONG KONG / ASIAWORLD-EXPO, HALL 10
2024.04.13(SAT) KUALA LUMPUR / MEGA STAR ARENA
2024.04.23(TUE) OSAKA /… pic.twitter.com/Ss4zLBFclA— 안테나 Antenna (@antennamusic) February 1, 2024
Buat peminat di Malaysia, konsert jelajah Kyu-hyun akan diadakan pada 13 April bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Sementara itu, butiran lanjut mengenai waktu serta tarikh pembelian tiket akan diberitahu dari semasa ke semasa oleh pihak penganjur.
Tunggu apa lagi, jumpa korang di sana!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




