Ikuti Kami:

Kim Sejeong Bakal Temui Peminat Di Kuala Lumpur Februari Ini

Kim Sejeong Bakal Temui Peminat Di Kuala Lumpur Februari Ini

Kim Se-jeong akan kembali menemui peminat di Malaysia!

Menurut laporan media pada 19 Januari, penyanyi solo terkenal Korea iaitu Kim Se-jeong dilaporkan bakal kembali ke Malaysia pada awal Februari ini.

Di mana, Kim Se-jeong dikatakan akan membuat penampilan istimewa sebagai duta di pembukaan sebuah butik jenama mewah, Longchamp.

Acara pembukaan itu akan diadakan pada 3 Februari, bertempat di pusat membeli belah terkenal yang baru sahaja dibuka baru-baru ini iaitu The Exchange TRX.

Terlebih dahulu, penyanyi wanita tersebut telah mengadakan konsert jelajah dunianya yang pertama di Mega Star Arena, Sungei Wang pada Oktober 2023.

sejeong kuala lumpur

Kehadiran semula Kim Se-jeong ke Kuala Lumpur telah membuatkan rata-rata peminat berasa teruja dan sudah tidak sabar lagi untuk berjumpa kembali dengan penyanyi wanita tersebut.

Sementara itu, segala maklumat lanjut mengenai acara pembukaan tersebut akan diberitahu dari semasa ke semasa.

Korang dah sedia ke belum nak jumpa Se-jeong lagi sekali?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...