Tidak boleh dinafikan bahawa pelakon wanita di Korea semuanya sangat cantik!
Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 pelakon wanita popular, merupakan seorang model sebelum menembusi industri lakonan Korea.
Han Sohee
Han So-hee mencuri hati penonton sebagai perempuan simpanan Da-kyung dalam K-Drama “The World of Married” dan sebagai pelajar seni, Yu Na-bi dalam “Nevertheless”.
Sebelum dia terlibat dengan dunia K-Drama, pelakon wanita berbakat ini pernah bekerja di bar, restoran dan kedai runcit di kampung halamannya sebelum berpindah ke Seoul untuk mengejar impian. Selepas itu, dia diambil bekerja sebagai model profesional bersama beberapa jenama Korea Selatan seperti All @ Me dan Banila Co. Malah Han So-hee juga pernah muncul dalam muzik video SHINee untuk lagu ‘Tell Me What To Do’.
Jung Hoyeon
Jung Ho-yeon adalah pelakon yang tidak memerlukan pengenalan lebih setelah muncul dalam siri “Squid Game”. Dari kanak-kanak sehingga orang dewasa pasti mengenali wataknya dalam K-Drama yang pernah menjadi fenomena ini.
Sebelum menjadi pelakon utama dalam “Squid Game” Jung Ho-yeon memulakan kariernya sebagai model pada usia 16 tahun. Dia menjadi salah seorang model untuk Minggu Fesyen Seoul sebelum dinobatkan sebagai naib juara pada musim keempat rancangan “Korea’s Next Top Model”. Sejak itu dia menguasai pertunjukan minggu fesyen di seluruh dunia, berjalan untuk jenama terkenal seperti Chanel, Roberto Cavalli, dan banyak lagi.
Shin Minah
Sebelum debut lakonannya pada tahun 2001 untuk melodrama “Beautiful Days”, Shin Min-ah merupakan seorang model yang paling diminati di Korea Selatan. Pelakon tinggi lampai itu pernah tampil dalam sebuah kempen untuk jenama LG, Calvin Klein, dan pernah menjadi model untuk Giordano bersama teman lelakinya, Kim Woo-bin.
Bakat pemodelan yang dimiliki Shin Min-ah terus berkembang apabila, pelakon itu menjadi model dengan duta besar jenama Perancis, Roger Vivier.
Jun Jihyun
Sebelum menjejakkan kaki ke dunia K-Drama, dan menjadi salah seorang pelakon dengan gaji tertinggi, Jun Ji-hyun ialah seorang ikon fesyen. Pelakon wanita ini pernah muncul di muka hadapan majalah Ecole pada tahun 1997. Bermula dari itu, dia mendapat banyak tawaran untuk pertunjukan fesyen yang akhirnya membantu nama Jun Ji-hyun menjadi terkenal.
Song Hyekyo
Pada tahun 1996, Song Hye-kyo memenangi tempat pertama dalam pertandingan pemodelan, yang menandakan permulaan kariernya sebagai model dan akhirnya menjadi pelakon. Song Hye-kyo dipilih untuk menjadi model sekali gus duta kepada jenama terkemuka termasuk fesyen mewah Itali, Bottega Veneta, Sulwhasoo, dan jenama kosmetik Laneige.
Pada tahun 2021, Song Hye-kyo dilantik sebagai duta global Korea pertama, untuk jenama Fendi dan duta besar Asia-Pasifik untuk Chaumet.
Macam-macam la dorang boleh buat.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.