Ikuti Kami:

Miliki Pelbagai Bakat, Ini 5 Pelakon Lelaki Korea Mula Kerjaya Sebagai Model

Miliki Pelbagai Bakat, Ini 5 Pelakon Lelaki Korea Mula Kerjaya Sebagai Model

Tidak hairan jika pelakon popular Korea sekarang pernah menjadi model suatu ketika dahulu.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 pelakon kacak bergaya memulakan karier sebagai model sebelum menjadi artis popular.

Ahn Jaehyun

pelakon korea pernah jadi model

Dia memulakan karier dengan menjadi model iklan dan muncul dalam editorial majalah. Semua ini terjadi sebelum Ahn Jae-hyun, mendapat watak sokongan dalam siri drama TV “My Love from Another Star”. Disebabkan bakat lakonannya mula mendapat perhatian ramai, pelakon lelaki ini akhirnya membawa watak utama sebagai seorang ‘doktor pontianak’ dalam K-Drama “Blood”.

So Jisub

pelakon korea pernah jadi model

Jurulatih dari “Oh My Venus” ini bermula sebagai model untuk jenama jeans STORM pada tahun 1995. Dia tidak pernah benar-benar berminat untuk menjadi seorang selebriti dan hanya menceburi bidang peragaan kerana ia adalah cara yang baik dan mudah untuk mendapatkan wang, katanya.

Selepas membuat penampilan sulung lakonannya di dalam sitkom “Three Guys and Three Girls”, dia terus diberi peluang memegang watak sampingan dalam drama TV. Selepas itu, akhirnya menjadi terkenal dengan membawa watak utama untuk K-Drama “I’m Sorry, I Love You”.

Kim Woobin

pelakon korea pernah jadi model

Peminat K-Drama pasti akan mengenali pelakon kacak dan tinggi lampai ini. Tidak seperti So Ji-sub, Kim Woo-bin benar-benar mahu meneruskan kerjaya peragaan. Dia berumur 20 tahun ketika mula berjalan di runway untuk Minggu Fesyen Seoul. Tidak lama selepas itu, dia mula membuat iklan yang memerlukan kemahiran lakonan asas. Dia mengambil kelas belajar berlakon dan mula jatuh cinta dengan seni hiburan.

Pada tahun 2011 dia membuat debut lakonannya dalam drama misteri, “White Christmas”. Selepas itu, dia mula menerima banyak tawaran berlakon sehingga menjadi antara pelakon yang sangat popular.

Lee Soohyuk

pelakon korea pernah jadi model

Kerjaya peragaan Lee Soo-hyuk bermula dengan pertunjukan fesyen Lone Costume di bawah pereka fesyen terkenal, Jung Wook-jun pada tahun 2006. Selain daripada melakukan runway untuk jenama fesyen terkenal Korea seperti, General Idea dan Song Zio, dia juga sibuk melakukan penggambaran muka depan untuk majalah seperti GQ, Bazaar, dan Elle. Pada tahun 2011 dia memutuskan untuk mengembangkan bakatnya menjadi pelakon dalam “White Christmas”.

Lee Jongsuk

pelakon korea pernah jadi model

Bintang utama “Pinocchio” ini memulakan kerjaya peragaannya pada usia 15 tahun, menjadikannya yang paling muda untuk debut di program Koleksi Seoul untuk Minggu Fesyen Seoul. Dia sudah menjadi model berjaya yang melakukan runway untuk pertunjukan terbesar sebelum dia memutuskan untuk terjun ke dunia lakonan.

Lee Jong-suk membuat debut rasminya sebagai pelakon dalam siri komedi romantis pada tahun 2010 dalam K-Drama “Prosecutor Princess”, di mana dia memainkan watak sampingan. Walaubagaimanapun, sekarang Lee Jong-suk sudah berjaya memegang watak utama dalam beberapa drama popular.

Semua hensem, memang layak jadi model.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...