Ikuti Kami:

Terpalit Sekali Dek Isu ‘Lisa BLACKPIG’, Nazim Othman Tampil Mohon Maaf

Terpalit Sekali Dek Isu ‘Lisa BLACKPIG’, Nazim Othman Tampil Mohon Maaf

Rasanya ramai yang ada terbaca mengenai kisah Janna Nick yang diserang oleh peminat K-Pop kerana seperti mempersendakan kematian ahli SHINee, Jong-hyun.

Tak cukup dengan itu, walaupun sudah meminta maaf, pelakon wanita itu turut dihentam lagi apabila salah satu komennya mengenai watak dalam filem arahannya “Delen” yang seolah-oleh menghina Lisa BLACKPINK kerana menggelarkannya sebagai Lisa ‘BLACKPIG’.

janna nick diserang peminat k-pop

Tanpa sengaja, nama Nazim Othman turut terpalit sekali apabila dia dilihat meninggalkan komen pada gelaran tidak baik tersebut.

Terasa bahang kemarahan peminat K-Pop, pelakon lelaki itu telah tampil dan memohon maaf mengenai komennya tersebut.

Saya ingin memohon maaf dengan ikhlasnya dari lubuk hati saya sekiranya saya menyebabkan anda terasa. Terutamanya dek komen yang saya tinggalkan pada komen orang lain baru-baru ini, di mana saya tiada niat untuk menghina sesiapa pun. Saya cuma berasa tidak percaya apabila membaca komen tersebut.

Meskipun tidak menyebut secara spesifik tetapi ramai yang menebak bahawa Nazim membuat permohonan maaf itu dek ‘skandal’ gelaran Lisa ‘BLACKPIG’ yang ditulis oleh Janna Nick.

Malah rata-rata netizen tidak menyalahkan Nazim atas komennya itu selain memuji tindakannya beraninya memohon maaf walaupun dia tidak bersalah dalam situasi ini.

nazim othman nazim othman nazim othman nazim othman nazim othman

Nazim dah pun minta maaf, harap semuanya kembali reda.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...