Kalau anda ingat dahulu, Janna Nick dan Sharifah Sakinah pernah dihentam peminat K-Pop memandangkan mereka bergurau mengenai kematian ahli kumpulan SHINee iaitu Jonghyun.
Walaupun Sharifah Sakinah pernah memohon maaf mengenai isu ini namun ianya kembali tular apabila video berkenaan dimuat naik ke aplikasi TikTok baru-baru ini.
Disebabkan namanya trending di Twitter dengan berbelas ribu ciapan, Janna Nick tampil menjelaskan cerita sebenar menerusi satu video panjang di Instagram. Malah dia sanggup memegang al-Quran dan bersumpah bahawa dia tidak melakukan hal tersebut.
View this post on Instagram
Pun begitu, rata-rata peminat K-Pop sepertinya tidak menerima permohonan maaf tersebut disebabkan dia hanya melakukan perkara tersebut selepas tular di serata media sosial. Malah pelakon wanita itu sempat memepromosikan filem terbarunya dalam entri tersebut.
Walaubagaimanapun, isu ini semakin panas apabila terdapat beberapa tangkap layar mengenai promosi filem “Delen” arahannya yang seperti menghina Lisa BLACKPINK. Ini disebabkan nama ganti yang digunakan ialah ‘BLACKPIG’.
Kata mereka, Janna tidak sepatutnya menjadikan nama idola K-Pop itu sebagai mainan malah menggantikannya dengan nama yang tidak baik.
Hmmm…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.