Tak sah lah kalau industri hiburan Korea, kalau sesiapa yang terpalit kontroversi akan dilayan dengan buruk.
Terdahulu, seorang peminat Jessi telah dipukul oleh kenalan penyanyi itu semasa dia cuba meminta tanda tangan darinya. Kemudian, Jessi dilihat meninggalkan tempat kejadian ketika pergaduhan semakin memuncak. Kemudian, dia mendakwa tidak mengenali penyerang tersebut.
Walau bagaimanapun, kes itu selesai selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh untuk mengaitkan penyanyi wanita itu dengan insiden berkenaan.
Meskipun sudah lama berlaku, namun ramai yang tersentak melihat episod terbaru musim terbaru “The Sixth Sense” yang dianggotai Yoo Jae-suk, Go Kyung-pyo, Song Eun-i dan Mimi.
Semasa berbual, Yoo Jae-suk mengungkit kisah ahli lama seperti Jeon So-min, Oh Na-ra, Mi-joo yang sering berkelakuan berlebihan hingga pihak produksi mengalami kesukaran untuk menyunting babak mereka. Ketika perbualan itu, pihak produksi menyelitkan gambar kesemua ahli lama berkenaan tapi tiada Jessi, meskipun wanita itu merupakan antara ahli penting dalam musim-musim lalu.
Komen peminat,
- Wow. macam tu je dorang buang Jessi.
- Tak nak tengok dah ‘Sixth Sense’. Bosan tak ada Jessi.
- Jangan harap nak tengok musim baru ni.
- Tak best langsung.
Tak baik tau..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.