Akhirnya, keadilan berpihak pada Jessi..
Terdahulu, seorang peminat Jessi telah dipukul oleh kenalan penyanyi itu semasa dia cuba meminta tanda tangan darinya. Kemudian, Jessi dilihat meninggalkan tempat kejadian ketika pergaduhan semakin memuncak. Kemudian, dia mendakwa tidak mengenali penyerang tersebut.
Namun, baru-baru ini, siasatan tersebut tidak menemui sebarang bukti kukuh yang mengaitkan Jessi dalam kes serangan itu. Pihak polis tidak menemui bukti bahawa Jessi mengancam mangsa atau membantu suspek melarikan diri. Oleh itu, mereka memutuskan untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadapnya.
Sementara itu, penerbit Koala, yang dituduh mengancam peminat bawah umur, akan berdepan dengan tuduhan serangan. Suspek utama, seorang warganegara Taiwan yang dikenali sebagai “A,” dilaporkan telah meninggalkan Korea Selatan.
Bertabah ya Jessi..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.