Ikuti Kami:

Terpalit Kontroversi Manipulasi Kim Junghyun, Seo Yeji Dilapor Tarik Diri Dari Drama Fantasi ‘Island’

Terpalit Kontroversi Manipulasi Kim Junghyun, Seo Yeji Dilapor Tarik Diri Dari Drama Fantasi ‘Island’

Masih lagi panas mengenai berita Seo Ye-ji yang dikatakan mengawal teman lelakinya, pelakon Kim Jung-hyun ketika mereka bercinta pada tahun 2018 sehingga menjejaskan penggambaran “Time” yang diterajui lelaki itu pada waktu tersebut.

Disebabkan oleh kritikan ramai dek pendedahan tersebut, pelakon wanita itu dilihat mula memberhentikan aktiviti seninya buat sementara waktu ini. Memilih untuk tidak menghadiri sidang media filem barunya “Recalled” pada petang tadi, Seo Ye-ji dikhabarkan akan mengundurkan diri daripada drama “Island”.

Menurut laporan media, pihak produksi “Ireland” sedang mengubah isi skrip drama itu sekarang. Ianya bagi memperbaiki plot drama tersebut selepas Seo Ye-ji memutuskan untuk mengundurkan diri daripada naskhah fantasi tersebut.

seo yeji

Walaupun sudah mempunyai perancangan untuk memulakan penggambaran pada Jun ini namun sekiranya tempoh yang lama diambil untuk memperbaiki skrip itu, kemungkinan besar rakaman hanya akan bermula pada Julai atau Ogos nanti. Sekiranya tidak, mungkin lebih lama lagi daripada itu.

Bukan sahaja itu, pihak produksi juga dikatakan sedang mencari pengganti pelakon wanita baru bagi membawa watak Won Mi-ho yang ditawarkan kepada Seo Ye-ji pada awalnya.

“Island” ialah sebuah drama fantasi pengusiran roh yang diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama. Ia membawa kisah seorang lelaki yang memerlukan seorang wanita untuk menamatkan kehidupan abadinya yang disumpah dan seorang wanita yang tidak tahu mengenai nasibnya yang sedih dan kejam. Buat masa ini, watak lelaki utama disahkan bakal dilakonkan oleh Kim Nam-gil.

Pun begitu, pihak produksi “Island” menyatakan tiada apa yang diputuskan lagi mengenai Seo Ye-ji pada ketika ini.

Dalam pada itu, Seo Ye-ji masih lagi mendiamkan diri terhadap pelbagai dakwaan yang dilemparkan kepadanya baru-baru ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...