Ikuti Kami:

Terpalit Kes Tipu Tesis Setahun Lalu, Hong Jinyoung Umum Bakal Kembali Aktif Dalam Dunia Seni

Terpalit Kes Tipu Tesis Setahun Lalu, Hong Jinyoung Umum Bakal Kembali Aktif Dalam Dunia Seni

Mesti ramai yang tertanya-tanya mengenai keberadaan Hong Jin-young sekarang ini kan?

Pada November 2020, tesis untuk ijazah sarjana Hong Jin-young di Universiti Chosun didakwa sebagai hasil plagiat. Meskipun menafikan dakwaan itu pada awalnya, namun penyanyi itu akhirnya memuat naik permohonan maaf dan mengakui hal berkenaan. Pada Disember 2020, wakil universiti berkenaan mengumumkan bahawa mereka akan membatalkan ijazah sarjana yang dianugerahkan kepada wanita itu.

Pada 21 Mac, agensi Hong Jin-young tampil memberikan kenyataan mengenai aktivitinya.

hong jinyoung

Kata mereka,

Hello.

Kami ingin berkonsi kenyataan mengenai kemunculan kembali Hong Jin-young.

Hong Jin-young bercadang untuk kembali aktif sebagai penyanyi dengan pelancaran lagu baru pada Apil dan dia sedang dalam proses rakaman kini.

Hong Jin-young yang menghentikan semua aktiviti dan menghabiskan masa bermuhasabah diri sejak November 2020 telah menghabiskan rakan lagu baru dan akan merakamkan muzik video setelah sekian lama tidak berdiri di atas pentas lagi.

Dia berhati-hati dalam membuat keputusan untuk kembali dengan perasaan bersyukur buat peminat yang sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bagi termasulah perasaan kecewa dengan kesalahan dan kecuaian sebagai figura awam yang menyebabkan kerisauan umum.

Semasa menjalani refleksi diri, agensi dan Hong Jin-young memikirkan secara mendalam bagaimana cara dia boleh membantu masayarakat sebagai penyanyi terkenal, dan dia akan melalui jalan sebagai seorang penyanyi yang memberi pengaruh positif buat umum.

Selepas melangkaui ketakutan untuk kembali, Hong Jin-young akan mengambil langkah pertamanya untuk menjadi penyanyi yang memberi tenaga positif. Tidak berharap populariti daripada apa yang selayaknya, dia akan kembali ke akarnya dan melihat diri sendiri supaya dapat menjadi penyanyi yang boleh memberikan harapan buat umum. Kami meminta anda memerhatikannya secara baik. Terima kasih.

Hong Jin-young akan melancarkan lagu barunya pada 6 April.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...