Ikuti Kami:

Mohon Maaf Sekali Lagi, Hong Jinyoung Akui Kesalahan Plagiat Tesis Ijazah Sarjana

Mohon Maaf Sekali Lagi, Hong Jinyoung Akui Kesalahan Plagiat Tesis Ijazah Sarjana

Selepa dituduh plagiat tesis ijazah sarjana miliknya, Hong Jin-young sekali lagi membuat permohonan maaf dan mengakui kesalahannya.

Kalau anda nak tahu, pada November lepas, tesis penyanyi trot itu disyaki merupakan hasil plagiat apabila didapati meraih skor 74% pada sebuah laman semak plagiat bernama “Copy Killer”. Walaubagaimanapun, dia dan agensinya kemudian menafikan tuduhan tersebut.

Menurut Hong Jin-young, dia telah memerah keringat dan masa bagi menyiapkan tesis tersebut selain mendapat persetujuan daripada profesornya pada ketika itu. Disebabkan itu, dia memilih untuk melepaskan kedua-dua ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda dek kritikan ramai.

Pun begitu, pada 15 Disember, Persatuan Penyelidikan Integriti di bawah Persatuan Etika di Universiti Chosun telah mendedahkan keputusan pengadilan mereka mengenai tesis ijazah sarjana Hong Jin-young itu. Mereka kemudiannya meminta selebriti itu memberikan penjelasan kukuh kepada Pusat Graduan Universiti sebelum jam 5 p.m (waktu Korea) pada 18 Disember.

hong jinyoung plagiat tesis

Pusat tersebut kemudiannya akan membuat keputusan terakhir pada 23 Disember ini bagi memutuskan sama ada tesis milik Hong Jin-young telah diplagiat ataupun tidak. Sekiranya disahkan ada unsur plagiat, bermakna kedua-dua ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda milik penyanyi itu akan dibatalkan.

Hong Jin-young kemudiannya telah berkongsi surat di laman Instagram miliknya pada 18 Disember,

Hello, ini adalah Hong Jin-young.

Sudah pun terlambat dan saya tahu saya tidak boleh mengulang kembali semua. Walaubagaimanapun, saya menulis kerana ingin membuat permohonan maaf secara ikhlas dan meminta pengampunan, walaupun selewat ini.

Pada hari saya membuat kemunculan semula dengan lagu baru, terdapat laporan yang menyebut mengenai kes plagiat tesis saya. Saya berasa takut untuk berkata apa-apa dan fikiran saya menjadi kosong.

Saya rasakan pada ketika itu, saya tidak boleh lepaskan ketamakan saya.. Saya berasa risau kerana saya merasakan seperti saya tidak akan dapat kembali ke atas pentas semula sekiranya mengakui kes plagiat tersebut.

Sebab itu saya sibuk membuat justifikasi dengan mengatakan ‘Profesor mengatakan bahawa tesis saya tidak mempunyai masalah’ dan ‘Saya tak akan memberikan sebarang syarahan dengan ijazah tersebut’. Ini sebabnya saya berasa takut semua yang terjadi dalam hidup saya akan dianggap sebagai pembohongan.

Saya juga mempunyai pemikiran mudah di mana sekiranya saya melepaskan ijazah tersebut, mungkin orang ramai akan melupakannya dan memaafkan saya. Sebab itu sayan menggunakan perkataan ‘konvensyen’. Mungkin saya hanya mencari jalan untuk melepaskan diri.

Kalau ada kesilapan dibuat, seseorang itu haruslah memohon maaf dan dihukum kerananya.. bukannya muhasabah diri malah saya memilih untuk mencipta alasan. Saya membuat silap kerana tidak bersikap matang dan dewasa.

Saya akan menerima keputusan tentatif Universiti Chosun mengenai kes plagiat ini dan akan muhasabah diri dengan mendalam. Saya juga bersikap tidak manis dengan semua orang yang bekerja keras siang dan malam untuk menyiapkan tesis kedoktoran mereka. Saya mohon maaf. Saya akui semuanya dan akan muhasabah diri.

Saya telah menerima kasih sayang lebih daripada apa yang sepatutnya. Saya kini akan membalas rasa tersebut dengan melihat kembali diri saya dan melakukan perkara baik dan bermakna.

Sekali lagi saya minta maaf. Saya benar-benar mohon maaf.

Semoga ia menjadi pengajaran buat semua.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...