Ikuti Kami:

Dituduh Plagiat Tesis, Hong Jinyoung Mohon Maaf Serta Pulangkan Semula Ijazah Sarjana & Ph.D

Dituduh Plagiat Tesis, Hong Jinyoung Mohon Maaf Serta Pulangkan Semula Ijazah Sarjana & Ph.D

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba Hong Jin-young terpalit dengan kontroversi melibatkan tesis ijzah sarjana yang ditulisnya dikatakan plagiat.

Hal ini bermula apabila seorang pemberi maklumat tidak bernama mendedahkan bahawa selepas dia menyemak tesis Hong Jin-young di sebuah laman review plagiat bernama “Copy Killer”, tulisan itu mendapat markah sebanyak 74 menandakan lebih separuh daripada tesis itu adalah plagiat daripada sumber lain.

Agensi Hong Jin-young kemudiannya menafikan dakwaan ini dan menyertakan kenyataan daripada profesor yang bertanggungjawab menyemak tesisnya dahulu. Dalam kenyataan itu, dikatakan bahawa ia adalah perkara biasa sekiranya sesuatu tesis itu mempunyai beberapa petikan, penjelasan atau rujukan. Malah ia turut menjelaskan bahawa laman “Copy Killer” hanya digunakan oleh universiti sekitar tahun 2015. (tesis Hong Jin-young disemak pada tahun 2009).

Selepas itu, terdapat pula profesor lain yang menyampaikan bahawa tesis Hong Jin-young sebenarnya merupakan 99% plagiat. Bahkan terdapat khabar angin lain yang turut berterbangan dek pengaruh ayah Hong Jin-young yang merupakan profesor di universiti yang sama ketika itu.

hong jinyoung plagiat tesis

Oleh kerana gosip itu yang tidak berhenti menjadi buah mulut orang ramai, Hong Jin-young sendiri tampil memberi kenyataan rasmi,

Hello, ini adalah Hong Jin-young.

Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana mengungkit kisah yang tidak disangka ini. Saya sudah bekerja keras selama 10 tahun, bermandi peluh dan tangisan kerana kerja saya dan saya sangat kecewa kerana khabar angin yang berterbangan ini. Saya mohon maaf kerana menyebabkan kerisauan. Saya benar-benar meminta maaf.

Saya menerima ijazah sarjana selepas menghantar tesis pada tahun 2009. Saya menyusun masa dan berjumpa dengan profesor, saya buat yang terbaik untuk menyiapkan tesis ini. Walaupun ia lepas tanpa sebarang masalah pada ketika itu, tapi kini ramai yang menghukumnya berdasarkan peratusan sedemikian. Saya berasa sangat kecewa dan hampa kerana apa sahaja yanga saya katakan kini hanya akan berbunyi seperti alasan sahaja.

Walaubagaimanapun, saya merasakan ia adalah sesuatu yang perlu saya bertanggungjawab. Apabila difikirkan semula, ijazah sedemikian bukanlah sesuatu yang sesuai dengan saya. Mungkin saya mempunyai cita-cita yang terlampau tinggi.

Saya mohon maaf. Walau apapun alasan, sedih memikirkan apabila saya dikaitkan dengan skandal seperti ini. Saya juga sedang muhasabah diri sama ada saya terlalu berimpian tinggi pada masa lalu. Saya mohon maaf, banyak kekurangan pada diri saya.

Saya membuat keputusan untuk melepaskan ijazah sarjana dan Ph.D yang dimiliki oleh saya. Mungkin ini yang terbaik yang saya boleh lakukan ketika ini. Semua ini adalah kerana kecuaian saya. Sekali lagi, saya memohon maaf kerana menimbulkan masalah ini.

Untuk pengetahuan anda, Hong Jin-young merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan, Ijazah Sarjana Perniagaan dan Ph.D dalam Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Chosun.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...