Ikuti Kami:

Terpalit Kes Dadah, Lee Sunkyun & Yoo Ahin Tanggung Rugi RM350 Juta

Terpalit Kes Dadah, Lee Sunkyun & Yoo Ahin Tanggung Rugi RM350 Juta

Banyaknya!

Sedang heboh di Korea apabila terdapat beberapa selebriti terkenal yang terpalit di dalam skandal dadah. Di mana antara mereka ialah pelakon filem “Parasite” iaitu Lee Sun-kyun serta pelakon terkenal Yoo Ah-in.

Berikutan skandal tersebut, kebanyakan pasukan produksi yang sedang bekerjasama dengan kedua pelakon ini terpaksa menanggung rugi yang banyak apabila kebanyakan projek mereka terpaksa dibatalkan atau ditunda.

Malah, jumlah bersih kerugian yang disebabkan oleh kedua-dua pelakon itu adalah sebanyak RM306 juta, namun disebabkan kos publisiti serta pemasaran dilaburkan selepas habis pengambaran, jumlah kos kerugian dijangka melebihi RM350 juta.

lee sunkyun yoo ahin movie

Seorang pegawai bidang perfileman berkata,

Walaupun penalti atau pampasan kerosakan akan diminta daripada pelakon yang melakukan perbuatan menyalahi undang-undang, tapi jumlah yang bakal dikembalikan oleh pelakon itu masih lagi sedikit serta tidak dapat menampung keseluruhan kerugian.

Tambahnya,

Ini bakal menyebabkan segelintir pasukan produksi terpaksa mengeluarkan juga karya yang melibatkan pelakon tersebut kepada umum tanpa mengira kesalahan yang dilakukan. Ianya demi mengurangkan kerugian.

Apa pendapat korang tentang isu ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...