Ikuti Kami:

“Dia Paling Bermasalah” – Suami Terkait Isu Dadah, Jeon Hyejin Turut Terpalit Kontroversi Lee Sunkyun

“Dia Paling Bermasalah” – Suami Terkait Isu Dadah, Jeon Hyejin Turut Terpalit Kontroversi Lee Sunkyun

Isu penyalahgunaan dadah oleh aktor Lee Sun-kyun semakin besar, dan sementara jenama yang menggunakan dia sebagai model iklan mula menghentikan kerjasama bersamanya, impak negatif itu juga turut terpalit kepada isterinya iaitu Jeon Hye-jin.

Beberapa hari lalu, pihak polis adan agensi mengesahkan bahawa pelakon itu adalah pelakon yang disebut ramai sebagai individu utama yang terlibat dalam kes dadah.

Sejak pengumuman itu, kesemua iklan menampilkan Lee Sun-kyun sebagai duta telah pun memadam jejak lelaki tersebut di kesemua platform mereka termasuklah di laman sesawang rasmi selain media sosial.

Bukan itu sahaja, hal ini turut memberiksn kesan buruk buat isterinya, Jeon Hye-jin secara tak langsung. SK Telecom dan SK Broadband telah menarik iklan iLoveZEM (JAM) yang menampilkan pasangan itu sebagai model. Memberikan fokus pada kandungan pendidikan anak-anak, kes dadah yang melibatkan model iklan yang mewakili jenama tersebut langsung meninggalkan kesan negatif pada jenama berkenaan lantas iklannya dihentikan dengan cepat.

lee sunkyun jeon hyejin

Selain itu, jenama suplemen nutrisi dari JBK Lab, Cellmed, turut menggugurkan gambar wajah Lee Sun-kyun dari iklan mereka dan tidak menyebut namanya langsung di dalam teks iklan. Bahkan, video iklan di saluran YouTube Cellmed juga telah dipadam kini.

Dalam pada itu, kenyataan yang dikeluarkan Jeon Hye-jin mengenai suaminya sebelum ini kembali menjadi perhatian netizen apabila wanita itu mengatakan yang ‘dia paling bermasalah’ dalam rumah mereka dan dia menggelarkan Lee Sun-kyun sebagai ‘anak sulung’ memandangkan dia yang berkelakuan seperti anak-anak mereka.

Kesian…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...