Ikuti Kami:

Pelakon ‘Parasite’ Lee Sunkyun Dalam Siasatan Polis Dek Didakwa Ambil Dadah, Agensi Beri Respon

Pelakon ‘Parasite’ Lee Sunkyun Dalam Siasatan Polis Dek Didakwa Ambil Dadah, Agensi Beri Respon

Nampaknya memang benar tekaan netizen mengenai pelakon Lee Sun-kyun yang didakwa mengambil dadah.

Pada 19 Oktober, media melaporkan bahawa pelakon lelaki popular yang digelar sebagai ‘L’ telah berada dalam siasatan polis atas dakwaan menggunakan dadah.

Selain itu, seorang wakil di Balai Polis Incheon turut mendedahkan,

Memang benar Lee Sun-kyun menggunakan dadah jenis ganja dan membayar sejumlah besar wang kepada pengedarnya. Walaupun kami perlu menyiasat, kami mengesyaki punca pemerasan daripada peniaga adalah kerana popularitinya.

lee sunkyun

Sebagai respon, agensi pelakon itu mengeluarkan kenyataan penuh seperti berikut,

Ini ialah Hodu&U Entertainment.

Pertama, kami ingin memohon maaf yang mendalam kerana menimbulkan kebimbangan melalui laporan mengenai pelakon Lee Sun-kyun, yang bernaung dengan syarikat kami.

Kami sedang mengesahkan fakta yang tepat mengenai dakwaan yang dibangkitkan terhadap pelakon Lee Sun-kyun dan kami akan mengambil bahagian dengan setia dalam sebarang penyiasatan masa depan oleh agensi penyiasatan dengan sikap yang ikhlas.

Selain itu, pelakon Lee Sun-kyun juga ada menerima ugutan berterusan daripada Encik ‘A’, orang yang berkaitan dengan kejadian itu dan memfailkan aduan dengan agensi penyiasat.

Kami akan memaklumkan kepada anda tentang maklumat lanjut dalam hal ini melalui wakil sah kami. Kami meminta pemahaman baik dari semua orang.

Selain itu, kami merancang untuk mengambil tindakan tegas jika maklumat palsu disebarkan oleh siaran berniat jahat.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...