Ikuti Kami:

“Terpaksa Gelak Palsu Bila Bekerja” – Haha Kongsi Perasaan Ketika Anak Bongsu Hidapi Penyakit Saraf

“Terpaksa Gelak Palsu Bila Bekerja” – Haha Kongsi Perasaan Ketika Anak Bongsu Hidapi Penyakit Saraf

Selalunya hanya di YouTube, namun Haha sekeluarga memilih untuk menyertai rancangan realiti “Haha Bus”.

Dalam episod pertamanya, Haha dan Byul berkongsi cerita mengenai keadaan anak bongsu, Song yang melawan sindrom Guillain-Barré sebelum ini. Jelasnya sebab dia memilih untuk menyertai program ini,

Kami menerima banyak tawaran, tapi kami tidak mempunyai kekuatan untuk muncul dalam program TV pada ketika itu. Satu perkara besar berlaku pada keluarga saya pada 2022. Ianya agak sukar.. dan saya merasakan seperti kehilangan dunia.

haha song

Terdahulu, Byul mendedahkan bahawa anak bongsu mereka Ha Song menderita sindrom saraf itu,

Saya masih lagi berhati-hati apabila bercakap mengenai hal ini kerana risau kesukaran sebentar itu hanya akan diihat sebagai kekecohan buat keluarga yang sudah sekian lama melawan penyakit dan menjaga ahli keluarga yang sakit.

Sambungnya,

Song ialah seorang kanak-kanak yang sihat dan ceria tapi satu hari, dia tiba-tiba mengadu sakit perut. Kami ingatkan radang usus (enteristis) tapi dia tak demam. Kami tak fikirkan mengenai penyakit lain walaupun sakit Song semakin teruk dan dia asyik berguling sana sini.

haha song

Tambah Haha,

Kami pun tak tahu sindrom seperti itu wujud.

Jelas Byul lagi,

Kemudian, setiap tapak yang diambil nampak pelik. Apabila dia dah tak boleh berjalan dengan kuat, Song didiagnos dengan sindrom Guillain-Barré. Saya tak pernah mendengarnya sebelum ini. Disebabkan keliru, saya terfikir, ‘Masuk akal ke? Secara tiba-tiba ia berlaku dalam satu hari..

haha song

Haha menjelaskan dengan hiba,

Awak tahu kan saya kena menyertai rancangan hiburan? Situasi di rumah seperti itu, saya terasa seperti akan kehilangan seluruh dunia dan makna untuk hidup, tapi masih perlu kelihatan kelakar di hadapan skrin. Setiap hari yang dilalui seperti neraka. Saya tak boleh ketawa namun kena membuat orang ketawa. Ianya sangat sukar hingga jantung saya berdetak dan saya tak tentu arah.

Ibu bapa mana dapat bertenang apabila lihat anak sakit..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...