Ikuti Kami:

“Persaraan..” – Haha Kongsi Masalah Yang Membelenggunya Kini

“Persaraan..” – Haha Kongsi Masalah Yang Membelenggunya Kini

Siapa yang menonton siaran langsung Twitch Haha, pastinya tahu bahawa dia rajin bersembang bersama pengikutnya.

Terbaru, ahli “Running Man” itu telah memuat naik sebuah video bertajuk ‘Saya Mahu Memberitahu Awak Sesuatu Selepas Lama Berfikir’ di saluran YouTube ‘Haha PD’.

Lama berfikir sebelum berkata-kata, ulas Haha sugul,

Dengarkan masalah saya ini…

haha

Walau bagaimanapun, para pengikutnya cuba menebak dengan tekaan seperti lelaki itu akan bersara, pelan untuk mendapatkan anak ke-4, berhenti bermain permainan di Twitch dan pelbagai lagi.

Bukan persaraan, bukan cadangan untuk menimang cahaya mata baru..

Pun begitu, dia mengakui beberapa tekaan peminat seperti,

Betul, rambut saya semakin gugur. Saya juga perlukan menjalani vasektomi.

haha

Sekian lama bermain tarik tali, Haha akhirnya mendedahkan bahawa dia mengalami masalah mual (motion sickness) semasa bermain permainan 3D. Malah dia terus ke tandas dek rasa mual semasa bermain permainan ‘Poppy Playtime’ bersama Byul dalam episod lalu. Disebabkan itu, dia meminta pendapat pengikutnya bagi mengatasi masalah tersebut supaya dapat bermain permainan 3D lagi pada masa akan datang.

Nampak Haha betul-betul risau tu..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...