Ikuti Kami:

Ternyata Popular, Potret Wajah Jimin BTS Dipamer Di Pameran Art Festa

Ternyata Popular, Potret Wajah Jimin BTS Dipamer Di Pameran Art Festa

Pengaruh Jimin BTS bukan sahaja melalui industri hiburan, malah dia kini dilihat menjadi pencetus inspirasi dalam bidang seni. Wah, inspirasi semua benda ni!

Jimin merupakan pengaruh yang agak kuat dalam dunia seni kerana dia dilihat menjadi sumber inspirasi kegemaran dalam beberapa artis seni lukis. Pelukis, artis grafiti dan ramai lagi artis seni lukis yang lain sangat menggemari bentuk wajah, gerakan tarian dan bentuk badan sempurna Jimin. Segala perihal mengenai dirinya membuatkan Jimin lebih menonjol dalam kalangan figura terkenal yang lain.

Ramai artis seni lukis yang telah membuat lukisan dan karya seni hebat, yang diilhamkan oleh Jimin sewaktu dia membuat pementasan khas pada satu anugerah terkemuka. Hasil pementasan tersebut, ia berjaya menarik perhatian artis seni lukis kerana ekspresi wajah dan body language yang dibawanya memberi personaliti berbeza sesuai untuk menjadi sumber inspirasi yang pelbagai.

Terbaru, pada 22 Jun lalu, satu lukisan potret Jimin yang dihasilkan oleh ilustrator Korea Selatan terkenal, Lee.K. Lukisan potret tersebut dipamerkan di pameran ART FESTA yang bertempat di Seoul Trade Exhibition Centre, Gangnam, Seoul. Pameran tersebut telah berlansung pada 23 Jun hingga 26 Jun lalu.

Lee.K sebelum ini sering berkongsi betapa dia amat meminati figura Jimin dan dia mempunyai karya seni Jimin yang tidak terkira dipaparkan di galeri dan pameran yang berbeza di Korea Selatan dan di negara lain. Satu karya seni terbaru beliau telah dipamerkan pada bulan April lalu di pameran Star Nada di Seoul.

Pameran khas ini ditubuhkan untuk mempamerkan “signature works” para artis seni lukis. Nampaknya populariti dan pengaruh Jimin di dalam dunia seni juga menjadi satu bukti keunikkan dan personaliti yang dibawanya.

Kemain ek Jimin, siap jadi ilham untuk potret pameran tau! Tapi cantik betul hasil lukisan tu, nampak artistic betul!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...