Ahli kumpulan F.T. ISLAND, Choi Minhwan, yang sebelum ini menghentikan aktivitinya susulan pendedahan bekas isterinya Yulhee mengenai isu pelacuran, akan kembali semula ke pentas hiburan di Korea.
Menurut agensinya FNC Entertainment pada 30 Jun, Choi Minhwan akan menyertai konsert F.T. ISLAND bertajuk ‘2025 F.T. ISLAND LIVE ‘MAD HAPPY’ yang bakal berlangsung pada 23 dan 24 Ogos di Blue Square SOL Hall, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul.
Menerusi kenyataan rasmi, agensi itu memaklumkan,
Konsert ini akan disertai oleh Lee Hong-ki, Lee Jae-jin dan Choi Min-hwan. Sila ambil perhatian mengenai perkara ini semasa pembelian tiket.
Terdahulu, Choi Min-hwan menggantung aktivitinya sejak Oktober tahun lalu berikutan pendedahan oleh bekas isterinya, Yul-hee (bekas ahli kumpulan LABOUM), berhubung isu peribadi.
Choi Min-hwan kemudiannya disiasat atas tuduhan melibatkan pelacuran dan gangguan seksual, namun pihak polis memutuskan tiada pertuduhan dikenakan kerana kekurangan bukti. Beliau kemudian mula menyertai aktiviti luar negara, termasuk menyertai jelajah konsert F.T. ISLAND di Jepun bermula Mac lalu, sebagai langkah awal untuk kembali aktif.
Konsert F.T. ISLAND di Korea ini merupakan yang pertama selepas kira-kira setahun, sejak konsert ‘2024 F.T. ISLAND LIVE ‘PULSE’ pada Jun tahun lalu.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.