Ahli F.T. Island, Choi Min-hwan, kini berdepan siasatan polis atas dakwaan terlibat dalam pelacuran.
Hal ini berlaku selepas bekas isterinya, Yulhee mendedahkan bahawa sebab utama dia memilih untuk bercerai adalah kerana kunjungan tetapnya ke tempat hiburan dewasa selain lelaki itu turut disyaki melanggan pelacur.
Oleh itu, Choi Min-hwan kini berdepan dakwaan melibatkan pelacuran, yang melanggar Undang-Undang Anti-Pelacuran Korea Selatan. Dilaporkan bahawa kes Choi Min-hwan telah diserahkan kepada Balai Polis Seoul Gangnam, yang akan memulakan siasatan dalam masa terdekat.
Menurut Akta 21 Undang-Undang Anti-Pelacuran, individu yang didapati melibatkan diri dalam pelacuran boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 1 tahun atau denda sehingga 3 juta won (RM9,300).
Sementara itu, agensi Choi Minhwan masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan terbaru ini.
Ish ish..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.