Nampaknya, hubungan antara Lee Jae-wook dan Karina aespa tak bertahan lama..
Terbaru menurut laporan eksklusif, Lee Jae-wook dan Karina telah memutuskan untuk berpisah, hanya selepas lima minggu hubungan mereka diketahui umum.
Selain itu, punca utama mereka berdua putus dikatakan kerana menerima kesan daripada komen berniat jahat dan turut berasa kasihan kepada peminat.
Sebagai respon, agensi Lee Jae-wook mengesahkan,
Lee Jae-wook memutuskan untuk berpisah bagi memberi tumpuan kepada projek yang sedang dirakamnya dan kedua-dua mereka akan kekal sebagai rakan sekerja yang menyokong satu sama lain.
Mereka akan menyambut peminat mereka dengan aktiviti yang baik melalui saluran masing-masing pada masa hadapan. Sila tunjukkan minat dan sokongan anda.
Takde jodoh..