Ikuti Kami:

“Terkejut Weh” – Jadi Bualan Dek ‘Celebrity’, Keseksian Han Euddeum Dicemburui Penonton

“Terkejut Weh” – Jadi Bualan Dek ‘Celebrity’, Keseksian Han Euddeum Dicemburui Penonton

Tersenarai tinggi dalam ranking Netflix Global, “Celebrity” nyata menarik perhatian ramai dek sisi gelap pempengaruh yang tidak dipaparkan pada umum.

Diterajui Park Gyu-young, Kang Min-hyuk, Lee Dong-gun dan Lee Chung-ah, antara pelakon lain yang mendapat perhatian ramai ialah Han Eu-ddeum.

Wanita itu membawa watak Angela, seorang pempengaruh yang mempunyai ratusan ribu pengikut laman sosial. Wanita ini sanggup melakukan apa sahaja untuk menaikkan pengikut bagi mengekalkan status di dalam industri itu.

han euddeum

Dalam kehidupan glamor itu, Angela sanggup menjual badan meskipun memiliki suami kerana mahukan wang pantas untuk menampung gaya hidup kelas atasan tersebut.

Merupakan antagonis yang sukar dibenci, Han Eu-ddeum menerima respon positif penonton dek persona menarik dan seksi sebagai pempengaruh yang mementingkan kesihatan dalam “Celebrity”.

Bagi yang tidak mengetahui, wanita itu memulakan kerjaya sebagai model dan aktif menjalani penggambaran buat pelbagai majalah dan iklan. Pada 2014, dia mula berlakon secara aktif menerusi drama “Righteous Love” dan kemudian, “Nevertheless”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 한으뜸 (@haneuddeum)

Oleh kerana persembahannya yang menarik, ramai yang menantikan apa projek terbaru Han Eu-ddeum selepas ini.

Cantik kan dia?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...