Ikuti Kami:

Sisi Gelap Influencer, Babak Dari Siri ‘Celebrity’ Ini Tular Hingga Raih 25 Juta Tontonan

Sisi Gelap Influencer, Babak Dari Siri ‘Celebrity’ Ini Tular Hingga Raih 25 Juta Tontonan

Dengar cerita, ramai yang seronok melayan siri “Celebrity” di Netflix kini.

Untuk pengetahuan, drama ini membawa kisah sisi gelap di sebalik kehidupan mewah para pempengaruh di Korea.

Bukan hanya kerana plot yang menyingkap dunia sebenar selebriti namun ada satu babak dari drama ini yang tular hingga meraih 25 juta tontonan di media sosial setakat ini.

Dalam episod ke-5 “Celebrity”, Seo A-ri (Park Gyu-young) telah dilamar oleh si kaya Han Jun-kyung (Kang Min-hyuk). Semasa mereka memasuki rumah lelaki itu, tindakan orang gajinya nyata membuatkan wanita itu terpempan termasuklah juga penonton.

Kerana terlalu kaya, Han Jun-kyung sampaikan tak perlu membuka kasutnya sendiri. Namun orang gajinya akan mengikuti rapat langkah lelaki itu dan menyambut kasut tersebut yang ditanggalkan semasa dia berjalan.

Babak yang di luar jangkaan dan noma masyarakat biasa ini nyata menjadi bualan hangat penonton hingga mendapat puluhan juta tontonan dalam masa 24 jam sahaja.

Tak semua yang kagum, ada yang menganggap bahawa Han Jun-kyung agak sombong kerana tidak berniat mengubah kelakuannya itu meskipun ada menyebut bahawa dia kurang selesa dahulu. Bahkan dia memberikan alasan bahawa orang dibawahnya akan kehilangan kerja jika dia cuba mengubah cara kehidupan orang kaya.

Korang terperanjat tak tengok babak ini?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...