Ikuti Kami:

“Terkejut Tengok Jarak Umur” – Ramai Kesal Lihat Moon Sangmin Digandingkan Dengan Wanita Berusia Untuk Siri Romantik

“Terkejut Tengok Jarak Umur” – Ramai Kesal Lihat Moon Sangmin Digandingkan Dengan Wanita Berusia Untuk Siri Romantik

Adakah jarak umur memainkan peranan penting untuk pelakon nampak serasi?

Baru-baru ini, Moon Sang-min dan Shin Hyun-been dilihat telah selesai menjalani drama baru mereka berjudul “Cinderella at 2 a.m.”.

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, “Cinderella at 2 a.m.” ialah drama komedi romantis mengisahkan tentang kisah cinta antara seorang wanita yang mengutamakan untuk melindungi dirinya, dan seorang lelaki chaebol generasi ketiga yang percaya bahawa melindungi cintanya bermakna melindungi dirinya sendiri.

Meskipun mempunyai plot menarik, netizen rata-rata kurang selesa melihat jarak umur antara kedua pelakon utama itu iaitu sebanyak 14 tahun. Untuk pengetahuan, Shin Hyun-been berusia 38 tahun dan Moon Sang-min pula 24 tahun.

Dengan drama ini yang bergenre rom-kom, netizen kebanyakannya risau jika akan ada babak intim antara mereka dan meluahkan rasa kecewa kepada penerbit yang menggandingkan pelakon berusia dengan pelakon muda untuk siri romantik.

Sementara itu, “Cinderella at 2 a.m.” akan bersiaran selama 10 episod dan dijangka bakal ditayangkan pada tahun ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...