Ikuti Kami:

“Dia Sentiasa Baca Buku Jadi..” – Jarak Umur Bukan Penghalang, Daniel Henney Kongsi Cara Mengorat Isteri

“Dia Sentiasa Baca Buku Jadi..” – Jarak Umur Bukan Penghalang, Daniel Henney Kongsi Cara Mengorat Isteri

Mesti ramai yang tertanya-tanya kan bagaimana Daniel Henney mula berkenalan dengan isterinya, Ru Kumagai.

Terbaru pada 4 Februari, Daniel Henney telah tampil sebagai tetamu di rancangan YouTube popular yang dihoskan oleh Lee Yong-ju, Jung Jae-hyung dan Kim Min-soo.

Dalam program itu, pelakon berusia 44 tahun tersebut ada bercakap tentang isterinya yang 14 tahun lebih muda daripadanya,

Secara jujurnya, saya tidak pernah memikirkan tentang jarak umur kami ketika kami mula bercinta. Dia sangat matang. Perbezaan umur adalah 13 tahun, tetapi semuanya berjalan dengan sempurna.

Kemudian ketika ditanya bagaimana mereka mula berkenalan, Daniel Henney berkongsi,

Ketika itu, dia bekerja di sebuah restoran. Jadi, saya pergi ke situ. Restoran itu mempunyai bir yang sangat sedap dan burger yang saya suka. Semasa dia bekerja di sana, kami mula berborak.

daniel henney wife

Sambungnya lagi,

Perkara pertama yang saya ingat bercakap dengannya ialah buku. Dia sentiasa membaca buku dan akan meletakkannya bila ada pelanggan datang. Sambil melihat dia membaca, saya bertanya apakah buku kegemarannya. Saya juga bertanya sama ada dia kenal pengarang Murakami Haruki, dia berkata tidak. Jadi, saya beli semua buku oleh Murakami Haruki dan memberikan kepadanya sebagai hadiah.

Macam plot filem dah kisah percintaan mereka ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...