Ikuti Kami:

“Terkejut Saya..” – Gaya Solekan Tebal, Foto Terkini Kim Jiwon Raih Perhatian

“Terkejut Saya..” – Gaya Solekan Tebal, Foto Terkini Kim Jiwon Raih Perhatian

Sudah hampir berumur 30 tahun, kecantikan Kim Ji-won nampaknya tidak dimakan usia.

Baru-baru ini, majalah Y Noblesse telah mengeluarkan beberapa foto penggambaran bersama Kim Ji-won, menunjukkan sisi baru pelakon wanita itu yang jarang dilihat sebelum ini.

Menerusi foto yang dikongsi, Kim Ji-won mengikat rambut sanggul tinggi dengan reben bersaiz besar di atas, menyerlahkan daya tarikan comelnya.

Tambahan pula, pelakon “Fight for My Way” itu juga memakai solekan yang agak tebal, membuatkan dia kelihatan lebih muda dari umur sebenarnya.

kim jiwon

Menerusi laman komuniti dalam talian, netizen rata-rata memuji kecantikannya dengan menulis,

Wah, terkejut saya..

 

Semua pakaian dan aksesori yang dia pakai cantik tetapi wajahnya paling menonjol.

 

Saya tak tahu kenapa dia boleh menjadi lebih cantik.

 

Dia nampak macam patung.

 

Kenapa dia makin berusia makin cantik.

Nampak macam baru umur awal 20-an la Kim Ji-won!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...