Ikuti Kami:

Patut 2023, ‘Queen Of Tears’ Diterajui Kim Soohyun & Kim Jiwon Tangguh Tayangan Ke 2024 Atas Sebab Ini

Patut 2023, ‘Queen Of Tears’ Diterajui Kim Soohyun & Kim Jiwon Tangguh Tayangan Ke 2024 Atas Sebab Ini

Nampaknya, lama lagi lah penonton akan dapat saksikan gandingan Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won dalam sebuah drama..

Sebelum ini, drama “Queen of Tears” yang diterajui Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won dijangka bakal ditayangkan pada separuh kedua 2023 ini.

Namun pada 13 Julai, media melaporkan bahawa drama itu akan menangguhkan tayangannya pada Februari 2024 disebabkan perubahan pengaturcaraan program tvN.

Untuk pengetahuan, “Queen of Tears” menceritakan kisah cinta ajaib yang mendebarkan dan pasangan lucu suami isteri, yang berjaya mengharungi krisis dan kekal bersama dalam menghadapi segala rintangan.

Baru-baru ini, Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won juga dilihat sedang menjalani penggambaran drama itu di Jerman, menambah keterujaan penonton untuk melihat keserasian mereka nanti.

Sama-sama kita nantikan tayangan “Queen of Tears” pada 2024!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...