Utama Drama Korea Penonton Teruja, Kim Soohyun & Kim Jiwon Dilihat Jalani Penggambaran ‘Queen Of...

Penonton Teruja, Kim Soohyun & Kim Jiwon Dilihat Jalani Penggambaran ‘Queen Of Tears’

drama queen of tears

Mesti ramai kan yang dah tak sabar nak lihat gandingan antara Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won dalam sebuah drama?

Bagi yang belum tahu, Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won bakal menemui penonton menerusi drama “Queen of Tears”, menceritakan kisah cinta ajaib yang mendebarkan dan pasangan lucu suami isteri, yang berjaya mengharungi krisis dan kekal bersama dalam menghadapi segala rintangan.

Terbaru, kedua pelakon itu dilihat sedang menjalani penggambaran untuk drama berkenaan, di Gedung Serbaneka Hyundai di Seoul.

Selepas melihat Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won dalam satu video, ramai rata-rata semakin teruja untuk menonton keserasian mereka dalam “Queen of Tears” nanti.

Sementara itu, drama ini akan turut disertai oleh pelakon hebat seperti Park Sung-hoon, Kwak Dong-yeon dan ramai lagi.

Nantikan “Queen of Tears” yang dijadualkan untuk tayang pada separuh kedua 2023 ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERTwitter
Loading...