Ikuti Kami:

Park Sunghoon & Kwak Dongyeon Dilamar Sertai Kim Soohyun & Kim Jiwon Dalam ‘Queen Of Tears’

Park Sunghoon & Kwak Dongyeon Dilamar Sertai Kim Soohyun & Kim Jiwon Dalam ‘Queen Of Tears’

Nampaknya, drama “Queen of Tears” akan dibintangi ramai pelakon hebat!

Sebelum ini, Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won telah disahkan akan terajui drama “Queen of Tears”, di mana mereka akan membawa watak sebagai pasangan suami isteri.

Terbaru, Park Sung-hoon dan Kwak Dong-yeon dilapor telah menerima tawaran untuk membintangi drama yang sama. Kini, kedua mereka masih dalam proses menyemaknya secara positif.

Untuk pengetahuan, “Queen of Tears” menceritakan kisah cinta ajaib yang mendebarkan dan pasangan lucu suami isteri, yang berjaya mengharungi krisis dan kekal bersama dalam menghadapi segala rintangan.

drama queen of tears

Selain itu, drama ini juga dijangka akan memulakan penggambaran pada separuh pertama tahun 2023 dan dijadualkan untuk tayang pada separuh kedua nanti.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...