Ikuti Kami:

“Teringat Lee Kwangsoo” – Penonton Tertawa Lihat Telatah Joo Woojae Dalam ‘Running Man’

“Teringat Lee Kwangsoo” – Penonton Tertawa Lihat Telatah Joo Woojae Dalam ‘Running Man’

Joo Woo-jae sememangnya dilahirkan untuk menyertai program hiburan!

Terbaru, lelaki itu telah menjadi tetamu “Running Man” buat kali ketiga dan disertai oleh Byun Woo-seok dan park Gyeong-hye.

Sepanjang episod, model tinggi lampai itu menunjukkan potensi yang besar sebagi pelawak kerana pelbagai babak yang kelakar melibatkannya.

Paling meninggalkan kesan buat penonton ialah semasa misi permainan di atas pelampung besar di mana setiap peserta perlu menolak pasukan lawan ke dalam air. Disebabkan oleh personaliti cemerkapnya, Joo Woo-jae beberapa kali jatuh dalam keadaan memalukan.

joo woojae running man

Jerit Jun So-mun ketika permainan itu,

Joo Woo-jae, seluar awak hampir terlondeh.

Namun usah tak menjanjikan kejayaan apabila dia berjaya ditolak dengan mudah oleh Yoo Jae-suk dan Byun Woo-seok.

Walaupun mempunyai tenaga yang kurang, namun Joo Woo-jae tidak menyerah kalah di dalam pusingan seterusnya. Bahkan pihak produksi terus mengusik dengan pelbagai kapsyen kelakar seperti ‘Tanda Kesihatan Merah’ memandangkan ahli “Running Man” yang mengatakan dia kelihatan sakit dan pucat sejak awal episod itu.

joo woojae running man

Dalam berjaga-jaga, seluar Joo Woo-jae tetap terlondeh pada akhirnya. Jerit Song Ji-hyo gelabah sambil menarik seluarnya,

Woo-jae, seluar awak dah ke bawah!

Bukan sahaja ketika misi itu, malah dia sering ‘dibahan’ oleh kesemua ahli menjadikan dia sebagai antara tetamu kegemaran mereka. Malah Kim Jong-kook turut mengatakan bahawa dia suka ‘mencucuk’ Joo Woo-jae kerana teringatkan Lee Kwang-soo.

joo woojae running man

Kata penonton,

Dalam bas ketika bergerak, kelakar betul bila tengok gambar Lee Kwang-soo keluar bila mereka usik dia.

 

Rumpai air! Hahahaha Joo Woo-jae lawa sangat dalam episod ni.

 

‘Row Woo-jae’, kelakarnya!

 

Aduh Joo Woo-jae, dia terkeluar ketiga-tiga pusingan.

 

Episod ada Joo Woo-jae memang lawak!

Lawak kan Joo Woo-jae?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...