Ikuti Kami:

“Mungkin Mereka Sedang Bercinta” – Ahli ‘Running Man’ Bahas Hubungan Kim Jongkook & Song Jihyo

“Mungkin Mereka Sedang Bercinta” – Ahli ‘Running Man’ Bahas Hubungan Kim Jongkook & Song Jihyo

Tak sah episod “Running Man” kalau tak mengusik Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo.

Terbaru, Joo Woo-jae, Byun Woo-seok dan Park Gyeong-hye telah menyertai program itu sebagai tetamu. Semasa di dalam bas menuju ke destinasi untuk misi seterusnya, mereka telah bersembang mengenai diri masing-masing.

Semasa bercerita mengenai personaliti, Joo Woo-jae bertanya mengenai jenis MBTI Kim Jong-kook. Lelaki berbadan sasa itu mengatakan bahawa dia sama personaliti dengan Yoo Jae-suk namun selit Song Ji-hyo,

Awak (Kim Jong-kook) dan saya mempunyai jenis MBTI yang sama. Saya INFJ.

kim jongkook song jihyo

Tambah Yoo Jae-suk,

Awak patut beri perhatian pada Song Ji-hyo.

Usik wanita itu,

Dengar lah cakap saya. Tak kan saya nak kena ingat semua ini.

Rata-rata ahli lain seronok melihat Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo yang terus ‘bercakar’ manja mengenai hal yang tak penting.

kim jongkook song jihyo

Joo Woo-jae berkata,

Saya sangat sukakan hubungan cinta ini.

Balas Haha,

Ianya hubungan yang sukar untuk direalisasikan sebab itu ramai yang minat.

Tambah Yoo Jae-suk lagi,

Saya berasa bahawa kita jangan berharap sangat hubungan Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo untuk menjadi.

kim jongkook song jihyo

Ulas Ji Suk-jin,

Kita tak tahu mungkin mereka sedang bercinta kini. Saya akan hadiahkan peti ais dan TV besar sekiranya mereka berkahwin.

Tolak Yoo Jae-suk,

Kalau mereka bercinta, tak kan lah kita boleh mengusik seperti ini.

Apa salahnya mereka bercinta, mesti ramai yang sokong kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...