Ikuti Kami:

“Awak Nak Goda Lelaki Ke?” – Song Jihyo Kongsi Siri Pergaduhan Bersama Kim Jongkook

“Awak Nak Goda Lelaki Ke?” – Song Jihyo Kongsi Siri Pergaduhan Bersama Kim Jongkook

Walaupun sentiasa menjaga antara satu sama lain namun terdapat beberapa kali Song Ji-hyo meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Kim Jong-kook.

Di dalam episod terbaru “Running Man”, wanita itu berkongsi cerita mengenai beberapa kali dia bergaduh dengan lelaki berbadan sasa tersebut sepanjang di dalam program ini.

Ianya bermula apabila kesemua ahli bersembang mengenai pemilihan baju masing-masing untuk pembukaan episod ke-600 itu. Atas cadangan Yang Se-chan dan Song Ji-hyo, mereka semua perlu memakai pakaian sendiri tanpa bantuan jurugaya.

Apabila melihat wanita itu yang mengenakan gaun paras lutut ‘one piece’ bersama jaket hitam, Yoo Jae-suk mengatakan bahawa Song Ji-hyo sepertinya sukakan gaya ‘hip’ sejak kebelakangan ini.

kim jongkook song jihyo

Kongsi Song Ji-hyo mengenai kisah yang pernah terjadi di sebalik pakaian itu,

Saya pernah memakai ‘one piece’ ini ketika ke luar negara dahulu dan kata Kim Jong-kook pada masa itu, ‘Awak nak pergi sana goda lelaki ke?’.

Marah Yoo Jae-suk pada Kim Jong-kook,

Awak kena buat keputusan. Kenapa asyik goncang hati Song Ji-hyo? Jangan reka situasi yang membuatkan hati masing-masing berdebar.

Sampuk Haha pula,

Gambar bergerak (gif) mengenai kes ‘lada hitam’ pun tengah tular kini.

Ini merupakan rujukan pada insiden di mana Song Ji-hyo merajuk apabila Kim Jong-kook tidak mempercayai kata-katanya di mana kuah ramen lebih sedap jika ditambah serbuk lada hitam namun bersetuju dengan Haha yang turut memperakuinya dalam episod lalu.

kim jongkook song jihyo

Kongsi Song Ji-hyo,

Saya bergaduh dengan Kim Jong-kook dek hal itu. Malah saya menghantar mesej selepas penggambaran tamat, ‘Kenapa awak tak percaya cakap saya?’.

Kim Jong-kook bagaimanapun cuba menjelaskan situasi itu,

Saya akan turut berkelakuan seperti itu sekiranya Jun So-min lakukan hal yang sama.

Selar Yoo Jae-suk,

Jangan reka situasi yang menbuatkan ramai berbual mengenai kalian.

Nafi Yang Se-chan,

Awak yang paling suka reka situasi antara mereka.

Dalam segmen mereka menjawab soalan peminat, terdapat perbincangan sama ada mereka melepaskan ‘spy’ pada awalnya meskipun tahu mengenai identiti mereka.

kim jongkook song jihyo

Song Ji-hyo turut berkongsi kisah mengenai pergaduhan dengan Kim Jong-kook ketika episod khas ‘Zeus & Poseidon’ di mana lelaki itu belot pada akhirnya. Katanya,

Saya bergaduh dengannya ketika pertama kali dia menipu saya.

Tempis Kim Jong-kook, dia mengatakan bahawa dia hanya melakukan apa yang perlu dilakukan. Song Ji-hyo kemudiannya menyatakan bahawa rasa tidak percaya itu berterusan sehingga misi ke seterusnya sampaikan mereka terus bertelingkah.

Yoo Jae-suk kemudiannya berseloroh,

Oh, adakah ini ‘lada hitam’ versi kedua?

kim jongkook song jihyo

Mereka kemudiannya mengakhiri kisah itu dengan gelak ketawa.

Banyak kali juga ya mereka ‘bercakar’?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...