Ikuti Kami:

Song Jihyo & Kim Jongkook Jawab Soalan ‘Pernah Tak Hati Berbunga Dek Satu Sama Lain’

Song Jihyo & Kim Jongkook Jawab Soalan ‘Pernah Tak Hati Berbunga Dek Satu Sama Lain’

Tak dinafikan ramai yang mahu melihat Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo bersama sebagai pasangan kekasih.

Terbaru, mereka berkongsi pelbagai cerita mengenai hubungan antara satu sama lain selain pelbagai episod mengenainya dalam “Problematic Child In House”.

Ulas Song Ji-hyo mengenai lelaki itu,

Dia seperti keluarga. Kadang-kadang sedikit bebal namun dia juga sangat baik. Dia sentiasa menjaga saya, tak semestinya dengan cara yang baik tapi nasihatnya sentiasa mempunyai kebenaran.

song jihyo kim jongkook

Mendengarkan penjelasan ini, Song Eun-i bertanya sama ada Kim Jong-kook mempunyai perasaan terhadap wanita itu. Malah Song Ji-hyo sempat menyelit,

Awak pernah berasa berbunga tak kerana saya?

song jihyo kim jongkook

Jawab lelaki berbadan sasa itu sambil ketawa,

Jadi.. Tak, saya tak pernah. Dia seperti keluarga. Saya berasa bahawa dia seseorang yang akan memahami walaupun saya merengus, dan saya akan memohon maaf selepas itu.

Balas pelakon wanita itu,

Samalah. Saya banyak bercerita mengenai masalah peribadi dengannya dan dia merupakan antara beberapa orang yang saya selesa untuk menjadi diri sendiri tanpa risau saya akan menakutkan mereka. Dia selalu meminta saya jangan mengomel tapi saya tetap lakukannya kerana saya percaya untuk memberitahu mengenai kisah itu.

song jihyo kim jongkook

Walaupun dengan jawapan itu, kesemua hos masih terus mengusik mereka kerana rapat dengan satu sama lain.

Dah saling memahami, kira okay lah tu kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...